Monday, 19 July 2010

Frozen Donut

Frozen Donut yang sedia untuk digoreng

Frozen Donut dibuat daripada tepung gandum dan proses pembuatannya dibuat 100% dari dapur Hasanah Food. Frozen Donut dijual pada harga RM3.50 setiap bungkus yang mengandungi 10 keping kuih.

Frozen Donut amat digemari oleh kebanyakan pelanggan kami terutamanya bagi mereka yang sering menerima kunjungan tetamu. Amat mudah untuk memasaknya, anda cuma perlu mengeluarkan dari peti sejuk untuk di nyah beku dalam masa 15 - 30 minit sebelum menggorengnya.

Bagi pelanggan yang mempunyai anak-anak kecil, Frozen Donut pasti menjadi makanan kegemaran mereka yang aktif dan sentiasa memerlukan tenaga yang banyak.

Sila rujuk di ruangan menu Tempahan untuk maklumat bagaimana cara-cara menempah Frozen Donut.

Sunday, 18 July 2010

Frozen Popia

gambar kuih Frozen Popia yang sedia untuk digoreng

Frozen Popia dibuat daripada hirisan halus sengkuang dan lobak merah yang segar manakala kulitnya dibuat sendiri di dapur kami menggunakan tepung gandum. Setiap bungkus mengandungi 12 keping popia beserta sos yang juga dibuat sendiri di dapur kami yang dijual pada harga RM3.50.

Frozen Popia amat digemari oleh kebanyakan pelanggan kami terutamanya bagi mereka yang sering menerima kunjungan tetamu. Amat mudah untuk memasaknya, anda cuma perlu mengeluarkan dari peti sejuk untuk di nyah beku dalam masa 15 - 30 minit sebelum menggorengnya.


Frozen Popia sedia dibungkus

Bagi pelanggan yang mempunyai anak-anak kecil, Frozen Popia pasti menjadi makanan kegemaran mereka yang aktif dan sentiasa memerlukan tenaga yang banyak.

Sila rujuk di ruangan menu Tempahan untuk maklumat bagaimana cara-cara menempah Frozen Popia.

Saturday, 17 July 2010

Frozen Karipap

Gambar kuih frozen karipap yang sedia untuk digoreng

Frozen Karipap ini dibuat dengan menggunakan inti kentang. Setiap bungkus mengandungi 10 keping kuih karipap dijual pada harga RM3.50. Frozen Karipap ini amat digemari oleh kebanyakan pelanggan memandangkan harganya yang murah dan mudah untuk dimasak.

Frozen Karipap yang sedia dibungkus

Frozen Karipap adalah sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk menguli tepung dan membuat inti karipap. Anda cuma perlu ambil dari peti sejuk dan nyah beku terlebih dahulu sebelum menggorengnya. Frozen Karipap juga sesuai untuk dihidang kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

Sila rujuk di ruangan menu Tempahan untuk maklumat bagaimana cara-cara menempah Frozen Karipap.


Sunday, 11 July 2010

Selamat datang!

Kami adalah sebuah syarikat Muslim yang berpusat di Kota Damansara yang menumpukan perniagaan kami di dalam sektor makanan. Perkhidmatan kami telah bertapak di Seksyen 8, Kota Damansara sejak tahun 2008. Kekuatan kami adalah pada kualiti makanan disamping harga yang berpatutan. Blog yang kami bangunkan ini diharap dapat menjadi salah satu kaedah untuk kami mengembangkan lagi perniagaan Hasanah Food di sekitar Kota Damansara.

Buat pengetahuan para pelawat, kami menyediakan perkhidmatan membekalkan produk makanan dingin beku sepeti kuih karipap, popia, donut dan cucur badak. Di samping itu, kami juga menyediakan perhidmatan membekalkan makanan seperti nasi tomato, laksa kedah, meehon sup, roti jala dan lauk pauk untuk apa jua majlis.

Saya akan memuatkan maklumat produk-produk Hasanah Food di dalam entry2 yang akan datang. Akhir kata, selamat menikmati makanan Hasanah Food yang bersih lagi halal.