Sunday, 18 July 2010

Frozen Popia

gambar kuih Frozen Popia yang sedia untuk digoreng

Frozen Popia dibuat daripada hirisan halus sengkuang dan lobak merah yang segar manakala kulitnya dibuat sendiri di dapur kami menggunakan tepung gandum. Setiap bungkus mengandungi 12 keping popia beserta sos yang juga dibuat sendiri di dapur kami yang dijual pada harga RM3.50.

Frozen Popia amat digemari oleh kebanyakan pelanggan kami terutamanya bagi mereka yang sering menerima kunjungan tetamu. Amat mudah untuk memasaknya, anda cuma perlu mengeluarkan dari peti sejuk untuk di nyah beku dalam masa 15 - 30 minit sebelum menggorengnya.


Frozen Popia sedia dibungkus

Bagi pelanggan yang mempunyai anak-anak kecil, Frozen Popia pasti menjadi makanan kegemaran mereka yang aktif dan sentiasa memerlukan tenaga yang banyak.

Sila rujuk di ruangan menu Tempahan untuk maklumat bagaimana cara-cara menempah Frozen Popia.